Hmmm... Sekali fikir, ish, macam terasa mustahil, tetapi bila bersemuka dengan empunya diri, apakan daya, tidak mahu percaya pun kena percaya juga kerana itulah hakikat sebenar. Itulah kebenarannya. Selalu kelihatan bersama berdua, tetapi bila ditanya jawabnya masih kosong.
Kalau baru kenal, barangkali memang logik juga. Tapi kalau sudah bertahun lamanya, apa cerita ni? Katanya kawan biasa tetapi nampak macam luar biasa. Mana taknya? Kemana sahaja mereka berdua. Tingkah laku keduanya tak macam orang asing langsung. Pendek cerita, kalau dilihat dengan mata kepala sendiri, kita yakin mereka berdua mesti ada apa-apa.
Tapi kenapa ya? Bila ditanya kepada sang gadis, "Saya masih single. Belum berpunya", sambil tersenyum simpul lagi!
Haihh!! Apa ni? Apakah ini permainan politik cinta? Adakah jawapannya itu merupakan lampu hijau untuk masuk?
Bukan tidak mahu percaya, tetapi masih kurang yakin. Maka, bertanyalah saya kepada kawannyayang boleh dipercayai tahu sedikit sebanyak hal ehwal gadis itu. Dari mulutnya, saya dapat tahu bahawa hubungan si gadis dengan si pria sudah menjangkau 4 tahun. 4 tahun?? Empat tahun bersama dalam kampus yang sama, saya fikir kalau masih lagi dianggap kawan biasa itu, haihh... gila namanya.
Saya berasa ingin tahu lebih lanjut, terasa "curious" hendak tahu mengapa si gadis menjawab masih belum berpunya.
"Eh awak, saya nak tanya sikit. Mengapa awak cakap awak belum berpunya sedangkan awak dengan si dia sudah bersama hampir setahun?"
"Erk? Mana awak tahu ni?"
"Adalah khabar anginsaya dengar dari mana ntah. Alaa, semua orang tahu dan nampak awak selalu bersama dia."
Dia terdiam buat-buat tak tahu pula.
"Saya bukannya apa awak. Bila awak kata awak belum berpunya, akan ada orang yang nak masuk. Katalah awak layan dia dengan baik. Bagi awak tak ada apa-apa. Biasa sahaja. Tapi kepada "orang yang memerlukan dan mengharap", respon yang sedikit sudah cukup menggalakkan.
Bayangkan apa tanggapannya selepas beberapa ketika kemudian dia mengetahui awak selalu keluar dengan lelaki lain. Kemungkinan, dia akan berasa dia dipermainkan. Dia mungkin berfikir aak sengaja melukakan hatinya. Mungkin awak akan dilabel sebagai perempuan kejam, takpun gadis murahan! Kalau label itu terhenti setakat awak dengan dia tak apa juga, tapi kalau dia jajakan seluruh kampus? Apa akan jadi kepada imej awak? Apa tangggapan masyarakat kampus terhadap awak? Paling kurang, imej awak sebagai gadis yang suka mempermainkan perasaan lelaki akan lekat. Bayangkan awak dengan si dia tak menjadi. Apakah akan ada teruna lain yang sudi menerima awak berdasarkan reputasi awak?"
Dia termenung. Kegelisahan mula terpancar dari wajahnya.
"Memangla soal jodoh ni kerja Tuhan. Tapi berdasarkan usaha manusia, kalau awak gagal dengan si dia, saya rasa susah juga orang lain nak cuba-cuba masuk. Reputasi awak mungkin tidak meletakkan awak berada dalam senarai calon yang dicari-cari untuk dijadikan isteri, tak gitu?" Saya menambah.
Dia senyap. Kemudian mula bersuara.
"Tapi bukan salah saya. Memang kami tak ada apa-apa!"
"Berani awak kata awak tidak menyimpan sebarang harapan terhadap dia?"
Dia tersentak. Mungkin terasa dengan kata-kata saya.
"Ceritalah. Apa sebenarnya yang berlaku ni?"
Dia tunduk. Lama kemudian dia menarik nafas panjang. Dia memerhati saya. Matanya terkelip-kelip. Raut wajahnya seperti hendak meminta simpati. Minta difahami.
"Memanglah kami dah lama bersama. Sampai kadang-kadang rasa macam dah confirm. Macam dah sah... alaa awak tahu kan? Maksudnya, kita sama-sama tahu. Tak payah cakap. Tapi dia tak pernah declare pun. Tu yang kadang-kadang rasa macam yer tapi camm.. ntahlaa." Dia mengeluh panjang.
"Kenapa tak tanya?"
"Ish awak nie, saya kan perempuan? Mana ada perigi cari timba?"
"Apa pulak tak adanya. Kan Rasulullah dilamar isterinya?"
"Ntahla. Tak mampu rasanya."
"Empat tahun bersama, takkanlah awak tak pasti jawapan dia? Atau sebenarnya awak tak pasti, dialah orangnya, dialah orang yang awak nak kongsi hidup bersama selamanya?"
Dia menung lagi. Seolah banyak benar perkara yang bermain di ingatannya.
"Mula-mula dulu memang yakin. Tapi sekarang ni... "
"Aik? takan boleh berubah pulak? Dia bertambah buruk?"
"Haa, lebih kurang macam tu lah. Dulu tak berapa nampak kan? Sekarang ni, jelas betul. Kadang-kadang tu rasa macam dia lebih pentingkan diri dia dari saya, dari hubungan kami?"
"Tak pernah bincang dengan dia?"
Diam lagi.
"Kan ada kajian yang menyimpulkan manusia ni dalam bab berpasang-pasangan, mula-mula waktu belum rapat, waktu nak kenal rapat, banyak perkara yang saling dinampakkan itu tidak lebih dari pura-pura atau sengaja dicipta bagi mengambil hati? Berdasarkan kajian ini, logiklah bila dah makin lama bersama tu, barulah nampak diri dia yang sebenar."
"Mungkin juga." Dia dah mula senyum.
"Saya fikir, yang lebih penting ialah bagaimana anda berdua bergerak ke hadapan dari situ. Apakah anda berdua mempunyai sikap saling mementingkan hubungan atau anda berdua pada waktu ini tidak pernah pun memikirkan soal menyuburkan hubungan?"
Diam lagi. Matanya terkelip-kelip. Wajahnya resah kembali.
"Ohh.. kamu berdua tak pernah berbincang yer? Ohh.. Mengharapkan masa dan takdir menentukan rupanya. I see." Saya cuba membuat satu kesimpulan.
"Selama ni tak pernah fikir pulak. Bila difikir-fikir, serba salah juga dibuatnya." Katanya.
"Soalnya mudah sahaja. Awak yakin dengan dia ke tidak?"
Dia memanding ke arah langit.
"Aii.. takan nak fikir lagi. Dah lama kenal pun tak yakin juga ke?"
Dia menjeling tajam.
"Awak menunggu yang terbaik ke?"
"Kenapa? Salah ke?" Dia kembali tersenyum.
"Bukan soal salah atau betul. Bab betul atau salah ni tak penting sebab saya ingat yang lebih utama dalam hal seperti ini ialah bab memikul bebannya nanti diri sendiri atau orang lain.
Kalau kita berpegang kepada setiap insan itu punya hak untuk memilih hidup bersama yang terbaik, maka satu perkara kita kena ingat, yang terbaik ini datang tidak tentu masa. Kalau dikenal pasti sebelum berkahwin, mungkin boleh membina istana bahagia, tapi sejarah membuktikan kebanyakkan lelaki impian ini kita kenal selepas kita kahwin. Haa, kalau jadi macam ni, apakah kita akan bercerai dengan pasangan kita yang sedia ada?"
"Ish, mana boleh macam tu?"
"Habih, daha kata nak yang terbaik. Kalau ada yang lebih baik dari sedia ada, maka kita kenalah pilih yang lebih baik, kan?"
Dia diam. Tapi mukanya dah mula merah.
"Saya bukan perempuan macam tu la!"
"Kalau begitu, bermakna awak tidak mementingkan yang terbaik atau menunggu putera impian. Jadi apa masalahnya? Apa yang menyebabkan awak tidak yakin?"
"Bukan salah saya. Dia yang menyebabkan saya berasa saya tidak begitu dihargai"
"Rasa macam tu sudah cukup menyebabkan awak tidak yakin?"
"Eeeiiii... awak nie kan.. ishh.. "
"Aii.. janganlah marah. Kalau betul awak sudah yakin dan keyakinan itu sudah final, tak ada sebab awak nak gelisah. Ni, dia yang tak yakin, kita pulak dia nak marah? Ada ke patut?"
"Yang awak tanya soalan macam tu, kenapa?"
"Kita ni, dalam bab bercinta ni konon kita kata, budayalah yang menjadi hukum. Contohnya, kalau sang gadis ditanya, nak terima ke tidak pinangan ini, dia tunduk tersipu-sipu. Kelakuan itu disah-ertikan maknanya dalam budaya kita sebagai setuju. Tidak perlu kata-kata.
"Lagi satu yang paling ketara ialah soal declare. Satu ketika kita kata tidak perlu perisytiharaan. Katanya, sama-sama rasa, tentulah sama-sama tahu. Tambahnya lagi, declare ni bukan budaya Melayu.
Tetapi rupa-rupanya dalam seluruh keyakinan kita tu, kita menunggu juga ucapan sayang, janji, keinginan untuk hidup bersama. Nak mulakan, masing-masing kecut.
Kan kontradik?
Katanya declare tak perlu, tapi ditunggu. Kalau tak declare juga, hatinya masih tertanya-tanya. Iya ke ni? Kata orang, keyakinan itu belum bulat.
Habis, kalau macam tu, mana satu yang patut yang patut dibuat? Declare ke tak declare?"
"Tulah serba salah tau!"
"Alah.. iyer ke serba salah? Atau takut membuat keputusan dan mengambil risiko? Maklumlah, kalau salah-salah tanya, takut dia ambik hati lalu lari."
"Haa.. betul tu!"
"Jadi, betullah awak ni pun takut nak amik risiko? Bayangkan, awak telah pun sampai ke tahap ini dua tahun lalu. Dan kerana awak takut mengambil langkah ini, langkah bertanyakan tentang keseriusan hubungan kamu ni, maka hari ni selepas dua tahun, hubungan kamu masih lagi berada di tahap yang sama. Tak bergerak."
Dahinya berkerut.
"Kan membazir masa tu? Hanya akibat daripada takut membuat keputusan?"
Dia tunduk. Kelopak matanya mula digenangi air.
"Ini soal masa depan. Yalah.. kadang-kadang kita rasa malas nak fikir lalu kita biarkan masa dan kononnya takdir menentukan. Tetapi pada waktu kita memutuskan begitu, kita jarang mahu mengambilkira implikasi dan risiko-risiko di sebaliknya."
"Awak okay?"
"Okay." Dia kembali duduk tegak. Mukanya tidak bermaya dan matanya sedikit merah. Suaranya juga sudah bergetar sedikit.
"Saya harap awak tak menyalahkan saya."
"Eh.. tak.. kenapa pulak?"
"Saya tidak ada niat yang bukan-bukan. Terima kasihlah kerana sudi berbincang. Mana tahu kalau-kalau dalam perbincangan ini, akan lahir sesuatu yang bermanfaat untuk semua."
Dia senyum.
- sampai bila kita mahu lari? -
- End -
"A woman may be married for four reasons: for her wealth, for her noble lineage, for her beauty, or for her Deen (religious paradigm and attitude). So you opt for the one who is best in Deen (religious paradigm and attitude), otherwise you will be a loser." - ( Hadith Bukhaari and Muslim)
"When you receive a proposal (from a person) whose religious practice and social behaviour is pleasing, marry off your daughter to him. Otherwise, (i.e. not accepting the proposal from the pious person, but continue to wait for someone else) will cause great problems and troubles in the society." - (Hadith Tirmidzee)
Sunday, June 14, 2009
my 1st post !! about my fren
Posted by exbalachenta at 2:13 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment